Monday, January 20, 2020

3024: RANGKAIAN


APAKAH  ITU RANGKAIAN  ??

Rangkaian ialah satu sistem yang membolehkan dua atau lebih komputer (peranti pintar) yang disambungkan.


1. LAN 

Maksud dari singkatan LAN ialah Local area Network atau dalam bahasa melayunya ialah rangkaian kawasan tempatan .Secara asasnya LAN terbahagi kepada dua jenis ARCnet dan Ethernet.Pada tahun 1940-an di Amerika terdapat kajian yang ingin menggunakan peranti komputer bersama-sama. Pada tahun 1950-an ketika jenis komputer mula berkembang hingga penciptaan komputer super, kerana harga tinggi peralatan komputer, terdapat permintaan komputer yang harus melayani beberapa terminal. Dari ini, konsep pengedaran proses berasaskan masa muncul, dikenali sebagai TSS (Sistem Perkongsian Masa), bentuk pertama rangkaian komputer digunakan.LAN (Local Area Nerwork) adalah rangkaian komputer yang rangkaiannya hanya meliputi kawasan kecil, seperti rangkaian komputer kampus, bangunan, pejabat, rumah, sekolah atau yang lebih kecil. Pada masa ini, kebanyakan LAN didasarkan pada IEEE 802.3 Ethernet menggunakan peranti suis, yang mempunyai kadar pemindahan data 10, 100, atau 1000 Mbit / s. Sebagai tambahan kepada teknologi Ethernet, teknologi 802.11b saat ini (atau biasa disebut WI-fi) juga sering digunakan untuk membentuk LAN.

RAJAH 1.0 : CONTOH LAN JENIS ETHERNET

2. MAN

Maksud singkatan dari perkataan MAN ialah Metropolitan area network.Rangkaian kawasan metropolitan lebih luas daripada CAN kerana MAN berfungsi di kawasan bandar tetapi rangkaian tersebut masih terbatas . (Rangkaian Kawasan Metropolitan) adalah rangkaian komputer di bandar dengan pemindahan data berkelajuan tinggi, yang menghubungkan pelbagai lokasi seperti kampus, pejabat, kerajaan, dan sebagainya. Rangkaian MAN adalah gabungan beberapa LAN. Skop MAN ini adalah antara 10 hingga 50 km, MAN ini adalah rangkaian yang sesuai untuk membina rangkaian antara pejabat di satu bandar atau di antara kilang / agensi dan pejabat pusat dalam jangkauannya.MAN berfungsi Untuk membina & melaksanakan sistem rangkaian yang bekerjasama antara pelayan untuk memenuhi keperluan dalaman syarikat dan kerajaan dalam menyampaikan rangkaian yang digunakan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti seperti messenger, chat, video dan sebagainya dengan jalur lebar tempatan.


RAJAH 2.0 : CONTOH JENIS RANGKAIAN MAN

3. WAN

Maksud bagi perkataan WAN adalah Wide Area Network .Kawasan rangkaian wan lebih luas tanpa mengira geografi lokasi seluruh dunia .Wan merangkumi pelbagai LAN,CAN,dan MAN .Contoh bagi MAN adalah internet kerana dengan internet kita mampu berkomunikasi dengan orang dari serata dunia.Teknologi Rangkaian WAN digunakan untuk menyambung rangkaian dengan negara lain atau dari satu benua ke satu benua yang lain.




RAJAH 3.0: CONTOH JENIS RANGKAIAN WAN




4. WIFI

Wifi merupakan singkatan dari perkataan wireless fidelity.Wifi merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi wlan .Wlan iaitu wireless local area network.Wifi berfungsi untuk membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau sambungan ke internet.Teknologi rangkaian wireless  berdasarkan 1EEE 802.11 yang biasa digunakan untuk peranti rangkaian tempatan dan akses internet.Pada tahun 2009 cip bersepadu wifi telah dihantar kira-kira 580 juta unit setiap tahun .Pada tahun 2010 ,perikatan wifi terdiri daripada lebih 375 syarikat dari seuruh dunia.



RAJAH 4.0 : CONTOH RANGKAIAN WIFI



5. WIMAX

Maksud WIMAX ialah worldwide interoperability for microwave access.WIMAX adalah teknologi akses wireless yang mempunyai kelajuan akses yang tinggi dengan memiliki jangkauan yang luas .Sistem kerja WIMAX sama dengan wifi yang menyediakan sebuah rangkaian internet pada satu kawasan yang merangkuminya.Namun,WIMAX mempunyai rangkaian yang lebih luas dan penghantaran data yang lebih tinggi berbanding WIFI.





RAJAH 5.0 CONTOH RANGKAIAN WIMAX


6. INFRARED 

INFRARED atau inframerah adalah generasi pertama teknologi wireless yang digunakan untuk peranti mudah alih.Inframerah adalah radiasi gelombang elektromagnet dengan panjang gelombang lebih panjang daripada gelombang merah ,tetapi lebuh pendek daripada gelombang radio.Inframerah menggunakan teknik pemancaran gelombang nadi.Teknik ini digunakan atas dasar bahawa inframerah tidak menggunakan banyak kuasa supaya isyarat tidka cenderung lemah 


RAJAH  6.0 : CONTOH INFRARED


7.BLUETOOTH

BLUETOOTH ialah satu piawai teknologi wireless terbuka untuk penukaran data pad ajarak dekat menggunakan gelombang radio julat pendek dari alat-alat mudah alih dna tetap .Bluetooth mencipta rangkaian kawasan persendirian dengan tahap keselamatan yang tinggi.






RAJAH 7.0  : CONTOH BLUETOOTH

















No comments:

Post a Comment