Monday, March 9, 2020

KSK3024: PERANTI SERVER DAN RANGKAIAN




APAKAH MAKSUD SERVER ??

 Server ialah program computer atau peranti yang menyediakan fungsi untuk program atau peranti lain.Server boleh menyediakan pelbagai fungsi yang sering dipanggil "PERKHIDMATAN"seperti perkongsian data atau sumber di kalangan pelanggan .Server biasa ialah  pelayan pangkalan data,  pelayan fail, pelayan mel, pelayan web, pelayan permainan dan pelayan aplikasi.

RAJAH 1 : COBNTOH SERVER

APAKAH  FUNGSI-FUNGSI SERVER ??

 Server berfungsi untuk melayani dan  bertangggungjawab penuh terhadappermintaan data dari computer klien.Server juga berfungsi untuk menyediakan berbagai resource untuk dapat digunakan semua komputer klien .Server juga turut berfungsi untuk menguruskan trafik data dan menyimpan pelbagai faildan data untuk di akses menggunakan protocol FTP.Seterusnya, menyediakan perlindungan untuk computer klien dengan memasang firewall atau anti malware pada computer klien. 

APAKAH MAKSUD UPS ??

UPS bermaksud Uninterruptible power Supply digunakan untuk menyediakan sumber kuasa sandaran kepada kkomponen perkakasan computer desktop .Disamping bertindak sebagai bateri sandaran apabila kuasa padam ,kebanyakan peranti sandaran juga bertindak sebagai "PERAPI" kkuasa dengan memastikan bahawa aliran elektrik ke computer daripada lintar pintas.

RAJAH 2 : CONTOH UPS


APAKAH MAKSUD KVM ??

KVM bermaksud "Keyboard, Video and Mouse" adalah peranti perkakasan yang membolehkan penggunan untuk mengawal pelbagai computer daripada saru atau lebih set keyboard ,monitor video dan mouse.Walaupun beberapa computer disambungkan ke KVM ,biasanya bilangan computer yang dapat dikendalikan pada waktu tertentu.
RAJAH 3 : COTOH KVM SWITCH 



JENIS-JENIS KABEL RANGKAIAN 
  1. UTP
  2. STP
  3. COAXIAL CABLE 
  4. FIBER OPTIC
UTP KABEL:
Maksud kabel UTP ialah unshielded twisted pair.Kabel ini tidak dilengkapi dengan perisai aluminium.Kabel UTP kurang tahan terhadap gangguan electromagnet berbanding kabel  STP.Kabel UTP dilengkapi dengan 8 kabel dengan warna yang unik . 


RAJAH 4 :CONTOH KABEL UTP


STP KABEL:
Maksud kabel STP ialah shielded twisted pair jenis kabel telefon yang digunakan dalam beberapa pemasangan.Terdapat pembalut aluminiumpada setiap kabel .Kabel STP digunakan untuk rangkaian data.pembalut aluminium memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap gangguan EMI.

RAJAH 5 : CONTOH KABEL STP


KATEGORI-KATEGORI CAT :
  1. CAT1- Kualiti transmisi terendah dengan kelajuan 1Mbps
  2. CAT2-Kadar penghantaran data sehingga 4Mbps
  3. CAT3-Mempunyai kelajuan transmisi sehingga 10Mbps
  4. CAT4-Kadar penghantaran data sehingga 16Mbps
  5. CAT5-Kadar penghantarna data sehingga 100Mbps.Boleh beroperasi sehingga kelajuan 1Gbps dengan syarat Panjang kabel hendaklah kurang daripada 100meter.
  6. CAT5E-Penghantaran data sehingga 1Gbps
  7. CAT6-mempunyai kadar penghantaran data sehingga 10Gbps
  8. CAT6a-Peningkatan daripada kabel CAT6 dengan frekuansi komunikasi yang lebih tinggi 500MHz
  9. CAT7-Menpunyai kadar penghantaran sehingga 10Gbps dengan frekuansi 60MHz dan menyokong komunikasi suara dan digital.
 COAXIAL CABLE :
 Coaxial Cable adalah jenis kabel yang mempunyai dua komduktor dalam bentuk kabel pepejal yang diperbuat daripada tembaga seperti teras kemudian disalut dengan penebat .kabel koaksial dibalut oleh oenebat plastic yang diperbuat daripada plastic air .Fungsi kabel koaksial adalah  untuk menghantar frekuansi tinggi dari 300MHz ke atas dan penggunaan kabel ini mempunyai saluran frekuansi yang sangat besar.Kabel koaksial banyak dijumpai pada antenna television, pemancar radio dan kabel rangkaian LAN.


RAJAH 6 : CONTOH KABEL KOAKSIAL


FIBER OPTIC ;
 Fibe optic adalah sejenis kabel yang diperbuat daripada kaca atau plastic yang sangat halus dan digunakan sebagai medium penghantaran kerana ia boleh menghantar isyarat cahaya daripada satu lokasi ke lokasi yang lain pada kelajuan tinggi .Sumber cahaya yang digunakan untuk proses penghantaran data ialah laser dan LED.Fiber optoc terbahagi kepada dua Fiber Optic single mode dan Fiber Optic multimode .Fiber Optic menyediakan kelajuan tinggi dari segi akses dan pemindahan data .Disamping itu kabel Fiber Optic tidak mengalami gangguan electromagnet kerana tiada arus elektrik dalam kabel fiber optic.


RAJAH 7 : CONTOH KABEL FIBER OPTIC


NETWORK PRINTER :

 Printer berfungsi untuk mencetak dokumen dari computer .Pencetak ialah peranti elektromekanik yang digunakn untuk menukarkan bentuk elektronik atau digital teks  atau dokumen ke dalam dokumen fizikal .pengguna boleh menghubungkan pencetak ke computer riba atau pc menggunakan kabel atau secara wireless supaya data input data diterima dan kemudian mencetaknya di atas kertas.

RAJAH 8 : CONTOH NETWORK PRINTER 


IP ADDRESS :

Alamat ip adalah satu sir nombor binary 32bit sehinggan 128 bit yang digunakn untuk mengenal pasti setiap peranti computer.Alamat ip berbeza-beza bagi setiap peranti  atau bagi mengenali setiap pernati tersebut.Alamat ip mestilah unik.Alamat ip berguna sebagai data pengenalan untuk setiap peranti computer yang disambungkan ke rangkaian computer untuk menggunakan protocol internet sebagai media penghubung.

                                                           

RAJAH 9 : CONTOH IP ADDRESS


SUBNET MAKS :

Subnetmask  adalah teknologi maklumat yang  membezakan ip rangkaian dan id hos atau menentukan bahagian id rangkaian dan id hos dalam satu kod perduan .Fungsi subnetmask adalah membezakan id rangkaian dari id hos dan menentukan alamat destinasi paket data sama ada tempatan atau jauh.

RAJAH 10: CONTOH SUBNET MASK


GATEWAY ;

Gateway adalah peranti dalam computer yang digunakan untuk menyambungkan rangkaian computer dengan satu atau lebih rangkaian computer yang menggunakan protocol maklumat yang berlainan .Maklumat dari satu rangkaian computer dapat diteruskan ke rangkaian computer lain yang mempunyai protocol yang berlainan. 


RAJAH 11 : CONTOH GATEWAY

Monday, March 2, 2020

PEMASANGAN LAN

   Aktiviti kami pada hari ini ialah SHARING PRINTER dan SHARING INTERNET.Tugasan tersebut diberikan oleh MR KASIUS KIEN atau lebih dikenali sebagai SIR KK (Pensyarah bagi subjek Computer Network Installation).Tugasan ini dibuat sepanjang hari dari jam 7.00 a.m - 11.00 a.m. Kami selesai membuat  tugasan pada jam 11.00 a.m. 


PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENBUAT SHARING PRINTER DAN SHARING INTERNET :-

  • CABLE UTP CAT5e (STRAIGHT CABLE)
  • SWITCH 
  • ROUTER
  • CABLE TESTER
  • CRIMPING TOOL
  • RJ45
SHARING PRINTER :-

  1. Buka Control panel di start menu .
  2. Klik network and internet.
  3. Klik nertwork and sharing center.
  4. Klik turn on network discovery dan turn on file and printer sharing dan klik turn off password protected sharing.
  5. Buka control panel di start menu.
  6. Buka device and printer.
  7. Klik kanan mouse pada printer yang akan di sharing
  8. Klik printer properties kemudian klik sharing dan klik ok
  9. Kemudian komputer lain yang bersambung buka file explorer dan klik network .
  10. Masukkan alamat ip komputer printer atau masukkan nama computer.
  11. Kemudian  klik nama computer tersebut dan klik icon printer dan klik connect
  12. Cuba printer tersebut.

SHARING INTERNET :-


  1. Sediakan modem dan switch .
  2. Pastikan semua pc telah bersambung dengan switch begitu juga dengan modem
  3. Buka control panel dan klik network and internet.
  4. Kemudian klik network and sharing center .Kemudian klik change adapter setting.
  5. Klik Ethernet dan klik properties.
  6. Cari Internet Protocol Version 4 (tcp/IPv4) dan klik properties.
  7. kemudian klik Obtain Ip address automatically dan klik ok.
  8. Kemudian  tunggu seketika  dan  rangkaian tersebut akan bersambung.

Monday, February 3, 2020

3SERVER FORM FACTORY,TYPE OF SERVER


😀WELCOME TO MY BLOG😀


3 SERVER FORM FACTROY :

-TOWER UNIT.
-RACK MOUNT UNIT.
-BLADE UNIT.


TOWER SERVER :

-Server yang paling asas.
-Digambarkan seperti menara. 
-Ditempatkan di atas lantai atau meja.
-Server yang mempunyai tapak bagi memberikan kestabilan kerana serve ini berat.
-Tower server terkenal kerana ciri-ciri dan kebolehpercayana sejak server tidak terhad boleh ditambah ke rangkaian sedia ada yang sebahagian besarnya disebabkan oleh sifat bebas dari pelayan terdahulu.
-Menyokong aplikasi yang paling asas seperti pengurusan fail,kelaborasi cetak,aplikasi er,pengedaran dan keselamatan sistem.


RAJAH 1 : CONTOH TOWER UNIT.

RACK MOUNT UNIT :

-Digambarkan seperti kotak pizza
-Ketinggian minimum 1.75" dan lebar dan 19".
-Server ini perlu peralatan tambahan iaitu rack server.
-Serve rini perlu diletakkan di dalam rak server.
-Kelebihan server boleh di atur dengan teratur dan mengurangkan penggunaan ruang jika terdapat banyak server.


RAJAH 2: CONTOH RACK MOUNT UNIT.




BLADE UNIT :

-Server ini adalah server yang terkecil tetapi berkuasa.
-Server ini perlu dimaksukkan ke dalam casis yang khas .
-Casis ini mengandungi slot server blade boleh dimasukkan denga mudah perlu ada penyambungan lain.
-Blade server direka khas untuk kemudahan "pasang dan buka".
-Casis server ini adalah dalam bentuk rack-mounted berukuran 10u.(U)unit.
-Dengan kehadiran blade server ini dapat membuka lebih ruang pada server.


RAJAH 3 : CONTOH BLADE UNIT.


TYPE OF SERVER : 

-OPEN FRAME RACK.
-POST RELAY RACK.
-WALL MOUNT RACK.
-ENCLOSE FRAME RACK.


OPEN FRAME RACK :
-Open Frame rack berfungsi sangat mirip dengan rak lampiran tetapi tanpa pintu atau panel sisi.
-Manfaat open frame, rak peralatan sebahagian besarnya menjimatkan kos biasanya kurang daripada separuh daripada rack mount yang tertutup sepenuhnya .
-Manfaat utama open frame rack .Kos yang rendah, akses mudah ke kabel ,aliran udara yang tidak terhad mengoptimumkan penyejukan dan kos penghantaran yang kurang.
-kelemahan utama untuk open frame rack ialah kekurangan keselamatan.


RAJAH 4 :CONTOH OPEN FRAME RACK



POST RELAY RACK :
-Relay rack atau post rack ,adalah kos rendah untuk pemasangan rack server rangkaian dan peralatan telekom.
-Rack relay ialah server pasir aluminium atau keluli 2 dengan sama ada lubang pemasangan standard (bulat) EIA atau lubang pemasangan universal(universal).
-Rack relay telah diseragamkan untuk pemasangan telco,atau peralatan 
komputer/rangkaian .
RAJAH 5 : CONTOH POST RELAY RACK


WALL MOUNT RACK :
-Rak dinding adalah penyelesaian yang baik untuk menjimatkan ruang lantai dan mudah dapat mengakses bahagian belakang peralatan .
-D-link mount rack direka khas untuk aplikasi rangkaian,aplikasi domestik, audio,
video,telekom dan makmal.
-Rack dibentuk daripada keluli CRCA,CNC diprogramkan, ditumbuk, digantung,dikimpal dan powder dengan lapisan standard kualiti tertinggi.
-Rak disediakan dari 40 hingga 150 varian dengan konfigurasi dalam 40mm, 450mm, 500mm, dan 600 mm.
RAJAH 6: CONTOH WALL MOUNT RACK

ENCLOSE FRAME RACK :
-Enclose frame rack adalah pilihan yang sangat popular dan menawarkan banyak kelebihan .
-Kabinet tertutup boleh dikunci untuk memberikan keselamatan perlindungan tambahan daripada orang yang tidak dibenarkan mengakses peralatan tersebut.
-Walaupun rak bingkai terbuka membolehkan aliran udara penuh dipersekiran peralatan .Kabinet tertutup boleh dipasang dengan kawalan peyejukan lain.
-Kabinet tertutup boleh menyembunyikan kabel jauh lebuh berkesan ,yang memberikan penampilan yang lebih baik dan juga boleh membantu mengurangkan risiko kabel rosak .

RAJAH 7 :CONTOH ENCLOSE FRAME RACK


MAIN DISTRIBUTION FRAME (MDF)
-PACTH PANEL 
-FACEPLATE
-CABLE TESTER

MAIN DISTRIBUTION FRAME (MDF)
-MDF ialah titik penamatan dalam pertukaran telefon tempatan dimana peralatan pertukaran dan penamatan gedung tempatan disambung oleh kabel jumper di mdf .
-Semua pasangan kabel tembaga yang membekalkan perkhidmatan melalui talian telefon pengguna ditamatkan di mdf dan diedarkan melalui mdf ke paralatan dalam bursa tempatan.




RAJAH 8 : CONTOH MDF

PATCH PANEL :
-Patch panel, patch bay, patch field,dan jack field adalah peranti atau unit yang memaparkan beberapa bicu,biasanya jenis yang sama,atau serupa.
-untuk penggunaan litar penghubung dan litar penghala untuk memantau ,menghubungkan ,dan menguji litar dengan mudah .
-Patch panel biasanya digunakan dalam rangkaian komputer ,rakaman studio dan television.
-Penyambungan semua ini dilakukan melalui wayar patch dan panel seperti bidang jack kabel suis.

RAJAH 9 : CONTOH PATCH PANEL



FACEPLATE (RJ45)
-Faceplate digunakan terutamanya untuk memberi perlindungan dan untuk meningkatkan reka bentuk dan penampilan peranti.
-Faceplate boleh digunakan untuk bentuk tetap dan tidak teratur dan boleh menberi kesan yang kuat kepada bentuk ini.
-Kemahiran tinggi diperlukan dalam mencipta faceplate yang betul untuk komponen .
-pengukuran yang tegak kadang-kadang diperlukan dalam pembuatan faceplate, kerana ralat boleh berlaku disebabkan oleh faceplate yang longgar.



RAJAH 11 : CONTOH FACEPLATE



CABLE TESTER
-Peranti elektronik yang digunakan untuk pengesan kabel lain.
-penguji kesinambungan yang adanya jalan konduktif di antara hujung kabel dan mengesahkan pendawaian kabel yang betul pada kabel.
-penguji kabel yang lebih laju boleh mengukur sifat penghantaran isyarat kabel seperti rintangan, pengecilan isyarat, bunyi dan gangguan.


RAJAH 12 :CONTOH CABLE TESTER VERSI BARU



Monday, January 20, 2020

KSK3024 :JENIS-JENIS PERLINDUNGAN RANGKAIAN




😀JENIS-JENIS PERLINDUNGAN RANGKAIAN 😀


1. WEP (WIRED EQUIVALENT PRIVACY)

Privacy Equivalent Wired (WEP) adalah algoritma keselamatan untuk rangkaian wayarles IEEE 802.11. Diperkenalkan sebagai sebahagian daripada standard asal 802.11 yang disahkan pada tahun 1997, hasratnya untuk menyediakan kerahsiaan data yang setanding dengan rangkaian kabel tradisional. WEP, yang dikenali dengan kunci 10 atau 26 digit heksadesimal (40 atau 104 bit), pada satu masa digunakan secara meluas dan selalunya pilihan keselamatan pertama yang diberikan kepada pengguna oleh alat konfigurasi penghala. Pada tahun 2003, Wi-Fi Alliance mengumumkan bahawa WEP telah diganti oleh Wi-Fi Protected Access (WPA).

RAJAH 1.0 : WEP


2. WPA/WPA2/WPA3 (WIFI PROTECTED ACCESS)

WPA -WPA sebagai ukuran perantaraan untuk mengambil tempat WEP sementara ketersediaan standard IEEE 802.11i yang lengkap. WPA boleh dilaksanakan menerusi peningkatan perisian tegar pada kad antaramuka rangkaian tanpa wayar yang direka untuk WEP yang mula diperkenalkan sejak tahun 1999. 

WPA2-WPA2 menggantikan WPA. WPA2, yang memerlukan pengujian dan persijilan oleh Wi-Fi Alliance, melaksanakan elemen mandatori IEEE 802.11i. Khususnya, ia termasuk sokongan mandatori untuk CCMP, mod penyulitan berasaskan AES.Persijilan bermula pada bulan September, 2004; dari 13 Mac 2006, pensijilan WPA2 adalah wajib bagi semua peranti baru untuk menanggung cap dagang Wi-Fi. 

WPA3-Pada Januari 2018, Perikatan Wi-Fi mengumumkan WPA3 sebagai pengganti kepada WPA2.Standard baru menggunakan kekuatan kriptografi 192-bit yang setara dalam mod WPA3-Enterprise (AES-256 dalam mod GCM dengan SHA-384 sebagai HMAC), dan masih mandat penggunaan CCMP-128 (AES-128 dalam mod CCM) sebagai algoritma penyulitan minimum dalam mod WPA3-Peribadi.Standard WPA3 juga menggantikan pertukaran kunci Pra-Dikongsi dengan Pengesahan serentak Sama seperti yang ditakrifkan dalam IEEE 802.11-2016 yang menghasilkan pertukaran utama awal yang lebih selamat dalam mod peribadi .

RAJAH 2.0 : WPA



3.AES (ADVANCED ENCRYPTION STANDARD)

Standard Penyulitan Lanjutan (AES), yang juga dikenali dengan nama aslinya Rijndael (sebutan Belanda).adalah suatu spesifikasi untuk penyulitan data elektronik yang ditubuhkan oleh U.S. National Institute of Standards and Technology (NIST) in 2001.AES telah diterima pakai oleh kerajaan U.S. dan kini digunakan di seluruh dunia. Ia menggantikan Standard Penyulitan Data (DES), yang diterbitkan pada tahun 1977. Algoritma yang diterangkan oleh AES adalah algoritma kunci simetrik, yang bermaksud kekunci yang sama digunakan untuk menyulitkan dan mendekripsi data.

RAJAH 3.0 : AES



4. RADIUS ( REMOTE AUTHENTICATION DAIL-IN USER SERVICE)

RADIUS adalah protokol rangkaian, beroperasi di port 1812 yang menyediakan pengurusan Authentication, Authorization, and Accounting (AAA atau Triple A) terpusat untuk pengguna yang menyambung dan menggunakan perkhidmatan rangkaian. . RADIUS telah dibangunkan oleh Livingston Enterprises, Inc. pada tahun 1991 sebagai protokol pengesahan dan akses pelayan akses dan kemudian dibawa ke  Internet Engineering Task Force (IETF).

RAJAH 4.0 : RADIUS SERVER (AAA)


5. TKIP (TEMPORAL KEY INTERGRITY PROTOCOL)

TKIP (Temporal Integrity Key Protocol) adalah protokol penyulitan yang disertakan sebagai sebahagian daripada standard IEEE 802.11i untuk LAN wayarles (WLAN). Ia direka bentuk untuk menyediakan penyulitan yang lebih selamat daripada Privacy Equivalent Privacy (WEP) yang terkenal, protokol keselamatan WLAN yang asal. TKIP ialah kaedah penyulitan yang digunakan dalam Akses Terlindung Wi-Fi (WPA), yang menggantikan WEP dalam produk WLAN.


RAJAH 5.0 : TKIP 


6. WPS ( WI-FI PROTECTED SETUP)

WPS bermaksud Wi-Fi Protected Setup. Ia adalah standard keselamatan rangkaian wayarles yang cuba membuat sambungan antara penghala dan peranti tanpa wayar lebih cepat dan lebih mudah. WPS berfungsi hanya untuk rangkaian tanpa wayar yang menggunakan kata laluan yang disulitkan dengan protokol keselamatan peribadi WPA Peribadi atau WPA2. WPS tidak berfungsi pada rangkaian tanpa wayar yang menggunakan keselamatan WEP yang tidak lama lagi, yang boleh mudah retak oleh mana-mana penggodam dengan set alat dan kemahiran asas. anda tidak boleh menyambungkan peranti wayarles ke rangkaian tanpa wayar melainkan anda mengetahui nama rangkaian (juga bernama SSID) dan kata laluannya (juga dikenali sebagai kunci WPA-PSK). 




RAJAH  6.0 :LINUX -WPS CRACKGUI 



7. MAC ( MEDIA ACCESS CONTROL ADDRESS)

 MAC adalah pengecam unik yang diberikan kepada pengawal antara muka rangkaian (NIC) untuk digunakan sebagai alamat rangkaian dalam komunikasi dalam segmen rangkaian. Penggunaan ini adalah perkara biasa dalam kebanyakan teknologi rangkaian IEEE 802, termasuk Ethernet, Wi-Fi, dan Bluetooth. Dalam rangkaian rangkaian Sistem Sambungan (OSI), alamat MAC digunakan dalam sublayer protokol kawalan akses sederhana dari lapisan pautan data.Alamat MAC terutama diberikan oleh pengeluar peranti, dan oleh itu sering dirujuk sebagai alamat yang terbakar, atau sebagai alamat perkakasan Ethernet, alamat perkakasan, dan alamat fizikal. Setiap alamat boleh disimpan dalam perkakasan, seperti memori read-only kad, atau oleh mekanisme firmware.Contoh MAC address  00-30-67-48-6D-08.

RAJAH 7.0 : MAC ADDRESS






3024: RANGKAIAN


APAKAH  ITU RANGKAIAN  ??

Rangkaian ialah satu sistem yang membolehkan dua atau lebih komputer (peranti pintar) yang disambungkan.


1. LAN 

Maksud dari singkatan LAN ialah Local area Network atau dalam bahasa melayunya ialah rangkaian kawasan tempatan .Secara asasnya LAN terbahagi kepada dua jenis ARCnet dan Ethernet.Pada tahun 1940-an di Amerika terdapat kajian yang ingin menggunakan peranti komputer bersama-sama. Pada tahun 1950-an ketika jenis komputer mula berkembang hingga penciptaan komputer super, kerana harga tinggi peralatan komputer, terdapat permintaan komputer yang harus melayani beberapa terminal. Dari ini, konsep pengedaran proses berasaskan masa muncul, dikenali sebagai TSS (Sistem Perkongsian Masa), bentuk pertama rangkaian komputer digunakan.LAN (Local Area Nerwork) adalah rangkaian komputer yang rangkaiannya hanya meliputi kawasan kecil, seperti rangkaian komputer kampus, bangunan, pejabat, rumah, sekolah atau yang lebih kecil. Pada masa ini, kebanyakan LAN didasarkan pada IEEE 802.3 Ethernet menggunakan peranti suis, yang mempunyai kadar pemindahan data 10, 100, atau 1000 Mbit / s. Sebagai tambahan kepada teknologi Ethernet, teknologi 802.11b saat ini (atau biasa disebut WI-fi) juga sering digunakan untuk membentuk LAN.

RAJAH 1.0 : CONTOH LAN JENIS ETHERNET

2. MAN

Maksud singkatan dari perkataan MAN ialah Metropolitan area network.Rangkaian kawasan metropolitan lebih luas daripada CAN kerana MAN berfungsi di kawasan bandar tetapi rangkaian tersebut masih terbatas . (Rangkaian Kawasan Metropolitan) adalah rangkaian komputer di bandar dengan pemindahan data berkelajuan tinggi, yang menghubungkan pelbagai lokasi seperti kampus, pejabat, kerajaan, dan sebagainya. Rangkaian MAN adalah gabungan beberapa LAN. Skop MAN ini adalah antara 10 hingga 50 km, MAN ini adalah rangkaian yang sesuai untuk membina rangkaian antara pejabat di satu bandar atau di antara kilang / agensi dan pejabat pusat dalam jangkauannya.MAN berfungsi Untuk membina & melaksanakan sistem rangkaian yang bekerjasama antara pelayan untuk memenuhi keperluan dalaman syarikat dan kerajaan dalam menyampaikan rangkaian yang digunakan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti seperti messenger, chat, video dan sebagainya dengan jalur lebar tempatan.


RAJAH 2.0 : CONTOH JENIS RANGKAIAN MAN

3. WAN

Maksud bagi perkataan WAN adalah Wide Area Network .Kawasan rangkaian wan lebih luas tanpa mengira geografi lokasi seluruh dunia .Wan merangkumi pelbagai LAN,CAN,dan MAN .Contoh bagi MAN adalah internet kerana dengan internet kita mampu berkomunikasi dengan orang dari serata dunia.Teknologi Rangkaian WAN digunakan untuk menyambung rangkaian dengan negara lain atau dari satu benua ke satu benua yang lain.




RAJAH 3.0: CONTOH JENIS RANGKAIAN WAN




4. WIFI

Wifi merupakan singkatan dari perkataan wireless fidelity.Wifi merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi wlan .Wlan iaitu wireless local area network.Wifi berfungsi untuk membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau sambungan ke internet.Teknologi rangkaian wireless  berdasarkan 1EEE 802.11 yang biasa digunakan untuk peranti rangkaian tempatan dan akses internet.Pada tahun 2009 cip bersepadu wifi telah dihantar kira-kira 580 juta unit setiap tahun .Pada tahun 2010 ,perikatan wifi terdiri daripada lebih 375 syarikat dari seuruh dunia.



RAJAH 4.0 : CONTOH RANGKAIAN WIFI



5. WIMAX

Maksud WIMAX ialah worldwide interoperability for microwave access.WIMAX adalah teknologi akses wireless yang mempunyai kelajuan akses yang tinggi dengan memiliki jangkauan yang luas .Sistem kerja WIMAX sama dengan wifi yang menyediakan sebuah rangkaian internet pada satu kawasan yang merangkuminya.Namun,WIMAX mempunyai rangkaian yang lebih luas dan penghantaran data yang lebih tinggi berbanding WIFI.





RAJAH 5.0 CONTOH RANGKAIAN WIMAX


6. INFRARED 

INFRARED atau inframerah adalah generasi pertama teknologi wireless yang digunakan untuk peranti mudah alih.Inframerah adalah radiasi gelombang elektromagnet dengan panjang gelombang lebih panjang daripada gelombang merah ,tetapi lebuh pendek daripada gelombang radio.Inframerah menggunakan teknik pemancaran gelombang nadi.Teknik ini digunakan atas dasar bahawa inframerah tidak menggunakan banyak kuasa supaya isyarat tidka cenderung lemah 


RAJAH  6.0 : CONTOH INFRARED


7.BLUETOOTH

BLUETOOTH ialah satu piawai teknologi wireless terbuka untuk penukaran data pad ajarak dekat menggunakan gelombang radio julat pendek dari alat-alat mudah alih dna tetap .Bluetooth mencipta rangkaian kawasan persendirian dengan tahap keselamatan yang tinggi.






RAJAH 7.0  : CONTOH BLUETOOTH

















Wednesday, January 15, 2020

KSK 3033 PENGURUSAN SWITCHING DAN ROUTING




INTRODUCTION OF INTERNETWORKING

1. APAKAH MAKSUD RANGKAIAN  ??

Rangkaian bermaksud penyambungan dua buah komputer atau lebih atau berkumpulan rangkaian komputer.Rangkaian komputer terbahagi kepada bebebrapa bahagian jenis sambungan seperti WLAN, LAN ,WIRELES dan lain-lain.

CONTOH GAMBAR RAJAH RANGKAIAN :



2. APAKAH KEPENTINGAN RANGKAIAN ??


1.Mengglakan perdagangan Elektronik(e-commerce)
-Urusniaga secara dalam talian dapat dilakukan dengan cepat dan selamat.

2.Menyediakan proses komunikasi yang pelbagai .
-Selain daripada penggunaan telefon untuk proses komunikasi ,internet menawarkan pelbagai kemudahan seperti e-mail,ruang sembang (chat room ),laman sosial dan lain-lain

3.Peluang pendidikan yang lebih meluas .
- pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat untuk pembelajaran atau kajian maklumat untuk pembelajarna atau kajian melalui internet
-Boleh mengikut pengajian jarak jauh yang ditawarkan oleh pusat pengajian tertentu.


3. APAKAH PRINSIP ASAS DALAM KOMUNIKASI RANGKAIAN  ??

proses penghantaran mesej yang membawa maklumat di mana kedua-dua komputer boleh berkomunikasi dengan satu sama lain.

4. TERANGKAN 5 ELEMEN UTAMA DI DALAM MODEL KOMUNIKASI RANGKAIAN ??

1.SUMBER-peranti yang menjana data untuk dihantar.Contoh telefon,komputer
2.PEMANCAR-mengubah dan mengkodkan maklumat yang dihantar mengikut sistem
3.SISTEM-sumber yang menyambungkan sumber ke destinasi. 
4.PENERIMA-menerima isyarat daripada sistem penghantaran dan mengubahnya kepada 
                         bentuk yang boleh dikendali oleh peranti di destinasi.
5.DESTINASI-mengambil data yang diterima daripada penerima.

5. TERANGKAN FASA-FASA KOMUNIKASI DALAM RANGKAIAN ??

1.Mewujudkan pautan. 
2.Mengeluarkan arahan dan kelayakan arahan. 
3.arahan diakui.
4.Mesej dibahagi-bahagikan.
5.pengesahan dan pembetulan ralat.
6.penamatan penghantaran .

6. TERANGKAN TERMINOLOGI-TERMINOLOGI RANGKAIAN ??

1.PENGKODKAN-Enconding antara komputer /peranti dalam bentuk yang tepat /sesuai     untuk medium penghantaran .

2.PERFORMATAN-Apabila mesej di hantar dari sumber ke destinasi , ia harus            menggunakan format atau struktur yang spesifik .

3.UKURAN-Apabila mesej /fail yang bersaiz besar dihantar dari satu host ke satu host     yang lain melalui rangkaian .ia perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian rangka (Frame).
             
4.MASA        -Sumber dan destinasi akan menggunakan flow control untuk berunding timing/tempoh yang betul bagi memastikan komunikasi berjaya.

5.CORAK- terdapat tiga piawai message patterns iaitu unicast ,maulticast dan broadcast:

1.UNICAST       -Hanya terdapat satu sahaja destinasi penghantaran mesej.

 2.MULTICAST  -Proses penghantaran mesej yang sama pada masa kepada sekumpulan host/peranti penerima/destinasi.

 3.BROADCAST -Jika semua host dalam rangkaian perlu menerima mesej pada masa yang sama .